Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah dua hari berturut-turut susulandipengaruhi kebimbangan terhadap unjuran bekalan yang semakin meningkat.

Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) semalam, Malaysiamenghasilkan 1.77 juta tan MSMpada Mei, meningkat sebanyak 5.1 peratus daripada1.69 juta tan pada bulan sebelumnya.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsDr. Sathia Varqaberkata Malaysia dan Indonesia kini berada dalam musim pengeluaran tinggiwalaupun pengeluaran Malaysia dijangka perlahan pada Jun selepas mencatatkan peningkatan selama tiga bulan berturut-turut.

“Persatuan PengilangMinyak Sawit Selatan Semenanjungmelaporkan pengeluaran dalam 10 hari pertamaJun menyusut sebanyak 17.24 peratus daripada tempoh yang sama pada Meisekali gus membalikkan peningkatan 19 peratus yang dicatatkan dalam lima hari pertama bulan tersebut,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpusat di MumbaiAnilkumar Bagani berkatapengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikatdan permintaan yang lemah dari destinasi selain India turut menjejaskan sentimen pasaran tempatan untuk membeli komoditi yang bernilaiitu.

Pada penutup dagangan, kontrakbulan semerta Jun 2025 turun sebanyak RM30 kepada RM3,846 setiap tan, Julai 2025 menurun RM30 kepada RM3,842 setiap tandan Ogos 2025 susutRM25 kepada RM3,839 setiap tan.

Kontrak September 2025 merosot sebanyak RM22 kepada RM3,839 setiap tan, Oktober 2025 menyusutRM19 kepada RM3,840 setiap tandan November 2025 berkurangan RM15 kepada RM3,846 setiap tan.

Jumlah dagangan mengecilkepada 54,747 lot daripada68,659 lot pada Selasamanakala kepentinganterbuka menurun kepada 180,901 kontrak berbanding 247,754 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...