Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata terdapat kebimbangan bahawa permintaan mungkin berkurangan dalam beberapa minggu akan datang.

“Sebahagian pembeli dijangka melambatkan pembelian bagi menunggu hala tuju harga yang lebih jelas, yang menyebabkan sentimen pasaran masih berhati-hati.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,900 satu tan dan rintangan pada RM4,080 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa pula berkata kontrak niaga hadapan MSM didagangkan rendah sepanjang hari, dipengaruhi tekanan jualan yang berpunca daripada faktor makroekonomi yang lebih meluas.

“Ini termasuk harga minyak mentah yang rendah dan pengukuhan ringgit, yang telah mengimbangi kesan prestasi eksport yang kukuh,” katanya.

Pada penutupan dagangan, Julai susut RM28 kepada RM3,958 satu tan, Ogos 2025 turun RM26 kepada RM3,979 satu tan, dan September 2025 merosot RM25 kepada RM3,986 satu tan.

Oktober 2025 susut RM23 kepada RM3,988 satu tan, November 2025 turun RM22 kepada RM3,995 satu tan, manakala Disember 2025 menguncup RM22 kepada RM4,009 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 28...