Kredit: MPOC
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terkesan daripada kelemahan minyak sayuran berkaitan dan kekurangan data asas yang baharu, kata seorang penganalisis.
Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkata harga MSM juga tertekan disebabkan pengambilan untung setelah dua mencatat peningkatan.
"Peniaga juga menilai tanda-tanda pengeluaran yang meningkat pada Februaridan penurunan dalam eksport," katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM ditutup lebih rendahberikutan pasaran minyak kacang soya dan olein sawit Dalian yang lemah.
“Sentimen turut terjejas oleh jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi pada minggu-minggu akan datang, yang boleh membawa kepada peningkatan dalam keseluruhan inventori di negara ini.
"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,480 satu tan dan paras rintangan pada RM4,620 satu tan," kata Ng.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 susut RM48 kepada RM4,694 satu tan, April 2025 turun RM46 kepada RM4,586 satu tan, dan Mei 2025 jatuh RM38 kepada RM4,504 satu tan.
Kontrak Jun 2025 menyusut RM37 kepada RM4,412 satu tan, manakala Julai 2025 turun RM40 kepada RM4,325 satu tan dan Ogos 2025 berkurangan RM41 kepada RM4,263 satu tan.