Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, dipacu aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatanharga baru-baru ini.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penyusutan dalampasaran minyak kacang soya pada waktu dagangan Asia turut menjejaskan sentimen.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 satu tan manakalarintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 merosot RM38 kepada RM4,267 satu tan manakala November 2024 dan penanda aras Disember 2024 masing-masing susut RM14 kepada RM4,232 dan RM4,182 satu tan. Kontrak Januari 2025 pula berkurangan RM7 kepada RM4,133.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 meningkat RM1 kepada RM4,084 satu tan manakalaMac 2025 menambah RM8 kepada RM4,036 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 99,355 lot daripada 119,000 pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 258,051 kontrak daripada 262,414.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM20 kepada RM4,300 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...