Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatifdijangka didagangkan lebih rendah minggu hadapan disebabkan kelemahan dalam eksport baru -baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Permintaan dari India terus kurang memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, bagaimanapunkeadaan dijangkabertambah baik menjelang akhir minggu.

“Kami mengunjurkan komoditi itu akan diniagakanantara RM4,500 dan RM4,700 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies,Jim Teh meramalkan harga MSM akan berlegar antara RM4,100 dan RM4,300 satu tan, walaupun stok agak rendah seperti yang didedahkan dalamLaporan Prestasi Industri Januari 2025oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Isnin lepas.

MPOB berkata stok minyak sawit yang diproses di Malaysia turun 2.90 peratus kepada 790,817 tan pada Januari berbanding 814,426 tan yang dicatatkan semasa bulan sebelum ini, manakala jumlah inventori minyak sawit merosot 7.55 peratus kepada 1.58 juta tan daripada 1.71 juta tan yang disaksikan pada Disember lepas.

DariJumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2025 jatuh RM56 kepada RM4,725 satu tan.

Kontrak Mac 2025 meningkat sebanyak RM99 kepada RM4,700 satu tan, April 2025 memperoleh RM88 kepada RM4,592 satu tan, Mei 2025 menambah RM90 kepada RM4,499 satu tan, Jun 2025 naik RM84 kepadaRM4,404 satu tan dan Julai 2025 menokok RM60 kepadaRM4,321 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 430,283 lot berbanding 375,637 lot yang disaksikan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 230,867 kontrak daripada 227,401 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...