Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Sept(Livevartha) –Prestasi eksport yang kukuh dijangka menyuntik kenaikan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives minggu depan, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran yang positif juga akan dipengaruhi oleh pertumbuhan pengeluaran yang lebih rendah.

“Pada minggu depan, kami menjangkakan harga diniagakan antara RM3,820 setan dan RM4,080 setan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of CompaniesJim Teh berkata niaga hadapan MSM akan didagangkan lebih rendah berikutan pengambilan untung pada minggu depan, dalam julat RM3,700-RM3,800 setan.

“Prestasi ringgit yang lebih kukuh mempengaruhi sentimen pasaran minggu ini. Permintaan fizikal adalah dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat denganstok masih banyak di Indonesia,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Oktober 2024 melonjak RM118 kepada RM4,027 setan, November 2024 meningkat RM160 kepada RM3,974 setan, manakala Disember 2024 menokok RM172 kepada RM3,947 setan.

Kontrak Januari 2025 naik RM171 kepada RM3,925 setan, Februari 2025 bertambah RM164 kepada RM3,907 setan, manakala kontrak Mac 2025 berada pada RM3,885 setan.

Kontrak September 2024 ditutup pada RM3,930 setan.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...