Gambar fail
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata prospek itudidorong kebanyakannyaoleh kadar pengeluaran yang lebih perlahan serta permintaan kukuh dicatatkandalam beberapa minggu lepas.
“Kami menjangkakan harga MSM antara RM4,450 dan RM4,650 satu tanminggu depan,” katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata aktiviti pengambilan untung dijangka akan berlaku dalam pasaran MSM minggu depan kerana dana lindung nilai telah membeli lebih US$20 bilion dalam niaga hadapan pertanian termasuk minyak sawit sejak tujuh minggu lalu.
Bagaimanapun, beliau berkataminggu depan akan menjadi minggu dagangan yang singkatsusulan cuti umum sempena perayaan Deepavalidisambut pada Khamis (31 Oktober).
“Kebanyakan mereka yang menyambut Deepavali akan bercuti mulai Isnin termasuk peniaga antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, sebuah syarikat Fitch Solutions, BMIkontrak niaga hadapan MSM mencecah RM4,486 satu tanpada 23 Oktober, 2024, paras tertinggi direkodkan sejak Julai 2022.
“Setakat23 Okt, harga minyak sawit meningkat 22.6 peratus pada 2024 manakala penutupan pada 23 Okt itu sendiri mewakili kenaikan 19.5 peratus berbanding paras harga 12 bulan sebelumnya.