Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan dalam persekitaranpermintaan baharu daripada pasaran destinasi.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkataia juga dalam persekitarankenaikan premium minyak sawit berbanding minyak kacang soya yang dilihat ketiadaanpermintaan.

Bagaimanapun, beliau berkata bekalan minyak sawit dijangka terhaddan situasi ituakan berlanjutanjika Indonesia memulakan mandat biodiesel B40 mengikut jadual mulai 01 Januari, 2025.

Duti eksport bagi MSM, yang kini pada US$124 satu tan, boleh meningkat kepada US$178 setan, katanya.

“Ini adalah senario yang ideal untuk minyak sawit Malaysia kekal lebih tinggi walaupun berdepan tekanan daripada pasaran minyak kacang soya yang semakin lemah.

“Sementara itu, eksport minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1 hingga 15 November mungkinakan terus jatuh kepada dua digit,” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November 2024 susut RM9 kepadaRM5,151, Disember2024 jatuhRM25 kepadaRM5,119 danJanuari2025 merosot RM13 kepadaRM5,088 satu tan.

Sementara itu, kontrakFebruari2025 danMac2025 menambahRM14, masing-masing kepada kepadaRM5,053 and RM4,952 manakala April 2025 naikRM9 kepadaRM4,830 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...