Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Didagangkan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Didagangkan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Didagangkan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Livevartha) –Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutanpersekitaran luaran yang mencabar, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkataprospek lemah itu disebabkan ketidaktentuan ekonomi global dan kelemahan berterusan harga minyak kacang soya.

“Kami menjangkakan harga akan diniagakanantara RM3,700 dan RM3,880 satu tan metrikminggu depan,” kata Ng kepada Livevartha.

Dalam pada itu,peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh menjangkakanniaga hadapan MSM akan didagangkan antara RM3,700 dan RM3,850 setan metrik.

“Pengeluaran dijangka kukuh pada Ogos berikutan keadaan cuaca yang baik.Ramai penganalisis menjangkakan paras stokakan meningkat,” katanya.

Pada asas mingguan, kontrakSeptember 2024 meningkatRM104 to RM3,976 satu tan metrik, Oktober2024 menokokRM164 kepadaRM3,916 setan metrik,November 2024 naikRM186 kepadaRM3,867 setan metrik dan Disember2024 menambahRM192 kepadaRM3,851 satu tan metrik.

KontrakJanuari2025 menokokRM194 kepadaRM3,847 setan metrik manakala Februari2025 menambahRM183 kepadaRM3,838 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat 361,091lot daripada 312,466lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naikkepada 223,891kontrak daripada 218,561kontrak sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...