Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan pengeluaran dan paras stokyang rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

MSM dijangka diniagakanantara RM4,580 dan RM4,750 satu tan bagi tempoh itu, katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka kekal lengangberikutan dagangan minggu yang singkat, dengan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti hujung tahun dan cuti perayaan Krismas.

Beliau berkata niaga hadapan MSM berkemungkinan diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 satu tan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat RM213 kepada RM4,975 satu tan, Februari 2025 melonjak RM210 kepada RM4,781 satu tan, dan Mac 2025 menokokRM191 kepada RM4,624 satu tan.

Kontrak April 2025 naikRM156 kepadaRM4,459 satu tan, Mei 2025 menokokRM124 kepadaRM4,331 satu tan danJun2025 melonjak RM112 kepada RM4,253 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada194,976 lot daripada 582,992 lot minggu sebelum itu, manakala kepentingan terbuka turun kepada242,999 kontrak pada Jumaat berbanding244,206 kontrak seminggu sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat sebanyak RM150 kepada RM5,050 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...