Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Catat Paras Tertinggi Baharu Dalam Dua Tahun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Catat Paras Tertinggi Baharu Dalam Dua Tahun

Niaga Hadapan MSM Catat Paras Tertinggi Baharu Dalam Dua Tahun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat setelah mencatat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut, mencapai paras tertinggi baharu dalam tempoh dua tahun.

Komoditi itu diniagakan melebihi RM4,800 setandi tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata eksport yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen pasaran kerana permintaan yang lebih tinggi untuk minyak sawit boleh menyebabkan paras stok menjadi lebih rendah di negara ini.

“Kami mendapati harga disokong dengan baik melebihi RM4,700 setan dengan paras rintangan serta-merta pada RM5,000 setan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkatalarangan terhadap eksport MSM dari Thailand sehingga Disember baru-baru ini yang bertujuan menangani tahap pengeluaran yang lebih rendah dan menstabilkan harga tempatantelah mencetuskan kegilaan pembelian dalam niaga hadapan MSM.

Dilaporkan baru-baru ini Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Thailand telah mengharamkan sementara eksport minyak sawit mentah kerana pengeluaran berkurangan disebabkan oleh kemarau dan penyakit pokok.

Larangan eksport itumempunyai implikasi yang ketara terhadap landskap minyak sawit global, terutamanya apabila Thailand menduduki tempat ketiga pengeksport terbesar MSM ke India, selepas Indonesia dan Malaysia.

“Dengan kekangan bekalan ini, pengeksport Malaysia berupaya memanfaatkan peluang itu, terutamanya memandangkan harga eksportIndonesia agak tinggi,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...