Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Capai Paras Tertinggi Dalam 28 Bulan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Capai Paras Tertinggi Dalam 28 Bulan

Niaga Hadapan MSM Capai Paras Tertinggi Dalam 28 Bulan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Okt(Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu mencapai paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics, Sathia Varqa.

Beliau berkatalonjakan itu didorong oleh prestasi kukuhdalam minyak sayuran tersebut di Bursa Dalian selainhasil eksportyang menjanjikan pada bulan Oktober.

“Data indikatif menunjukkan eksport pada bulan Oktober meningkat sebanyak 13 peratus. Ringgit yang lebih lemah turutmenyokong peningkatan itu,” kata Sathia kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkataniaga hadapan MSM ditutup lebih tinggi disebabkan permintaan eksport yang lebih kukuhdan harga minyak soya yang meningkat.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,600 satu tan dan paras rintangan pada RM4,780 satu tan," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaNovember 2024 meningkat RM63 kepadaRM4,800 setan,Disember 2024 bertambah RM56 kepadaRM4,738 setan dan Januari2025 berkembang RM59 kepadaRM4,696 setan.

Manakala Februari2025 meningkatRM61 kepadaRM4,634 setan,Mac2025 naikRM67 kepadaRM4,560 setan danApril 2025 bertambah RM66 kepadaRM4,476 setan.

Jumlah dagangan susut kepada82,918 lot daripada 89,447 pada Selasa manakala kepentingan terbuka menguncup kepada246,955 kontrak daripada 250,424 sebelumnya.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...