Home Pasaran Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diBursa Malaysia Derivatives dijangka terus menyaksikan dagangan kecil dengan kecenderungan meningkat pada minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peniaga mengekalkan unjuran lebih berhati-hati dengan sokongan terhadap indeks petunjuk utamaFBM KLCI pada paras1,585 dan seterusnya pada 1,535.

“Kami tidak menjangkakan berlakunya peningkatan daripada paras itu…jika tidak, indeks akan terus dalam mod konsolidasi di sepanjang paras itu bagi tempoh singkat sementara menunggu pemangkin baharu.

“Oleh itu, kami mengunjurkan FBM KLCI akan bergerak dalam julat1,585-1,610 pada minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, kontrak November2024 susut tujuh mata kepada 1,587.5, Disember 2024 menguncup lapan mata kepada 1,591.0, Mac2025 turun 4.5 mata kepada1,583.0 manakala Jun2025 berkurangan lima mata kepada 1,591.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 33,554 lot daripada27,800 lot dalam minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada37,221 kontrak daripada 38,788 kontrak.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat,FBM KLCI turun sebanyak 2.66 mata kepada 1,589.78 daripada 1,592.44 pada minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...