Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tidak Banyak Berubah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR,26 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan sentimen kekal lemah memandangkan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

“Susulan ketiadaan pemangkin baharu, FBM KLCI dijangka mengalami dagangan tidak berubah dengan pergerakan sedikit meningkat dalam julat 1,615 hingga 1,630,” katanya kepada Livevartha.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Oktober 2024 dan Mac 2024 masing-masing susut 19.0 mata kepada 1,616.0 dan 1,611.0 manakala November 2024 merosot 27.5 mata kepada 1,620.5 dan Disember 2024 turun 8.0 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 64,552 lot daripada 32,305 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 74,284 kontrak daripada 46,103 kontrak.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 27.69 mata kepada 1,618.30 daripada 1,645.99 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...