Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Trajektori Positif Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Trajektori Positif Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Trajektori Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak sejajar dengan kadar asas pasaran tunai minggu depan.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth AdvisorsMohd Sedek Jantan berkata trend pasaran secara keseluruhannya kekal positif, dengan potensi trajektori meningkat.

“Apabila pelabur mula mengambil kira kemungkinan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat, pulangan ke atas simpanan tradisional dan pelaburan pendapatan tetapseperti bon, cenderung untuk berkurangan,” katanya kepada Livevartha.

Sehubungan itu, katanya pelabur yang mencari hasil yang lebih tinggi dijangka akan beralih ke rantau Asia Pasifik, dengan Malaysia terutamanya akan mendapat manfaat daripada aliran masuk asing yang meningkat.

Bagi minggu baru berakhir, kontrak Ogos 2024 dan September 2024, masing-masing naik 16.5 mata kepada 1,641.15 dan 1,622.5, Disember 2024 menambah 15.0 mata kepada 1,627.0 dan Mac2025 meningkat 15.5 mata kepada 1,513.5.

Jumlah dagangan naik kepada 46,457 lot daripada 38,107 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49,429 kontrak daripada 48,130 kontrak.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 11.84 mata kepada 1,635.74 daripada 1,623.90 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...