Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diBursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan dagangan dengan kecenderungan meningkatminggu depan berikutan sentimen positif di tengah-tengah aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata aktiviti memperelokkan akaun dijangka berterusan hingga akhir tahun, dengan FBM KLCI berkemungkinan berada dalam julat 1,625 hingga1,645.

“Prospek jangka pendek hingga sederhana kekal positif dengan potensi untuk kenaikan selanjutnya jika indeks utama mencecah melebihi 1,635,” katanya kepada Livevartha.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak Disember 2024 meningkat 35.0 mata kepada 1,624.5, Januari 2025 menokok 31.0 mata kepada1,626.0, Mac 2025 naik 30.5 mata kepada1,610.5 dan Jun 2025 menambah 32.0 mata kepada1,617.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada129,684 lot daripada31,878 lot pada minggu sebelumnyamanakala kepentingan terbuka meningkat kepada113,387 kontrak daripada 44,108 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 36.73 mata kepada1,628.12 daripada 1,591.41 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...