Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan diniagakandalam mod berhati-hati pada minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai asas di tengah-tengah ketidaktentuan global, termasuk dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam lingkungan 1,580-1,600 mata.

“Para peniaga mungkin berhati-hati dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat langkah seterusnya,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak Februari 2025 meningkat sedikit sebanyak 29.5 mata kepada 1,586.50, manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 27.0 mata kepada 1,566.50 dan 1,570.0.

Sementara itu, kontrak September 2025 berada pada 1,560.50.

Jumlah dagangan menurun kepada 39,531 lot berbanding 108,467 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosotkepada 39,414 kontrak berbanding 47,219 kontrak sebelum itu.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengukuh sebanyak 33.99 mata kepada 1,590.91 berbanding 1,556.92 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...