Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring denganprestasi pasaran tunai pendasar di tengah-tengah ketidaktentuanpasaran global yang berterusan.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, tumpuan pasaran dijangka terarah kepada pengumumanbeberapa petunjuk ekonomi penting, seperti indeks harga pengguna (CPI) China bagi bulan Mei, indeks harga pengeluar (IHPP) dan datapengangguran.

Di pasaran tempatan, kekurangan berita yang menggerakkan pasaran menyebabkanindeks utamakekal pada paras stabil dan trend ini dijangka berterusan hingga keminggu depansementara menunggu perkembangan yang menggalakkan, katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, pelabur juga akan memantau kadar pengangguran di Korea Selatan, semakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama Jepun dan Indeks Harga PenggunaIndia, faktor-faktoryangboleh mempengaruhi sentimen di seluruh rantau ini.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin, 2 Jun, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim.

Dalam minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, bulan kontrak Jun 2025 meningkat 10.5 mata kepada 1,506.50, bulan baharu Julai 2025 berada pada 1,504.50, September 2025 naik8.5 mata kepada 1,487.50 dan Disember2025 menokok11 mata kepada1,494.50.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 23,669 lot daripada 152,899 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 37,381 kontrak daripada 50,960 kontrak.

Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, indeks petunjuk pasaran susut27.03 mata kepada 1,508.35 daripada 1,508.35 pada minggu sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...