Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berada Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berada Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berada Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI bergerak antara paras 1,580 dan 1,600 mata pada minggu depan.

“We believe cautious sentiment surrounding the US tariff war and its potential market impact will persist,” he told Livevartha.

"Kami percaya sentimen berhati-hati berhubungperang tarif AS dan potensi kesannya ke atas pasaranakan berterusan," katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bulan kontrak Februari 2025 naik enam mata kepada 1,592.5, Mac 2025 meningkat6.5 mata kepada 1,573.0, Jun 2025 menokok 7.5 mata kepada 1,577.5, manakala kontrak September 2025 menambah lima mata kepada1,565.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada24,921lot daripada39,531 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada39,750 kontrak daripada39,414 kontrak sebelumnya.

Bagi aas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mencatatkan kenaikan sederhana0.69 mata kepada1,591.60 daripada1,590.91 sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...