Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALALUMPUR, 25 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil berikutan tempoh dagangan singkat susulan cuti umum sempena perayaan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,560 hingga 1,580.

“Kami menjangkakan dagangan minggu hadapan lengang berikutan cuti umum sempena perayaan Tahun Baharu Cina, menjejaki pergerakan pasaran tunai dan menjadikan indeks berada dalam julat kecil,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pelabur dijangka mengambil pendekatan berhati-hati minggu depan sementara menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

"Minggu dagangan yang singkat mungkin menjejaskan aktiviti pasaran, dengan jumlah dagangan dijangka tidak banyak berubah dan pergerakan pula mungkin terhad,” katanya.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Januari 2025 susut 7.5 mata kepada 1,559.5; Februari 2025 turun sembilan mata kepada 1,561.5; Mac 2025 berkurangan lapan mata kepada 1,544.5; dan Jun 2025 menguncup 9.5 mata kepada 1,552.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 72,443 lot daripada 46,659 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 70,293 kontrak daripada 44,886 kontrak.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, indeks utama meningkat 7.01 mata kepada 1,573.73 daripada 1,566.72 minggu lepas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...