Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Pulih Susulan Ketegangan Di Timur Tengah, Masalah Politik AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Pulih Susulan Ketegangan Di Timur Tengah, Masalah Politik AS

Niaga Hadapan Emas Pulih Susulan Ketegangan Di Timur Tengah, Masalah Politik AS

KUALA LUMPUR, 23 Okt(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalamuntuk ditutup tinggi pada Rabu,dipacuminat belian baharu susulanketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,757.80 setiap auns troy daripadaUS$2,738.70 setiap auns troy pada Selasa, manakala November 2024 berkembang kepada US$2,773.10 setiap auns troy daripadaUS$2,753.70 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari2025 and Februari2025 semuanya ditutup tinggi kepadaUS$2,781.20 setiap auns troy daripada US$2,761.80 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan bertambah kepada 65 lot daripada 30lotpada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 78 kontrak daripada 48 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,736.50 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...