Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Melonjak Berikutan Ketegangan Geopolitik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Melonjak Berikutan Ketegangan Geopolitik

Niaga Hadapan Emas Melonjak Berikutan Ketegangan Geopolitik

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak disebabkan serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.

Konflik itu telah merangsang permintaan terhadap aset-aset selamat iaitu emas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innesberkata pasaran sudah menunjukkan momentum kenaikan harga selepas data inflasi AS yang lebih lemah awal minggu ini meningkatkan harapan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

“Gabungan risiko geopolitik yang semakin meningkat dan latar belakang makroekonomi yang cenderung untuk menurunkan kadar faedahtelah menyemarakkan permintaan terhadap emas,” katanya kepada Livevartha.

Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,430.2 setiap auns troy daripada US$3,368.5 setiap auns troy pada Khamis, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada US$3,438.7 setiap auns troy daripada US$3,377.0 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos, Septemberdan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada US$3,458.2 setiap auns troy daripada US$3,396.5 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 56 lot berbanding 44 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak daripada 69 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,391.4 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...