Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Kadar Faedah AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Kadar Faedah AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 19 Sept(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi pada Khamis susulanpenurunan kadar faedaholeh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata penganalisis.

Emas dinilai dalamdolar AS di seluruh duniadan apabila kadar faedah dikurangkan, dolar menjadilemah dan seterusnya menjadikanemas lebih murah dalam mata wang lain sertameningkatkan permintaan.

FedAS menurunkan kadar dana persekutuan sebanyak 50 mata asas, daripada 5.25-5.5 peratus kepada 4.75-5.00 peratus padaRabu, kali pertama sejak 2020.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia menyaksikan kontrak September 2024 meningkat kepada US$2,597.60 setiap auns troy, daripadaUS$2,576.60 setiap auns troy pada Rabu.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari2025, danApril 2025 semuanya ditutup tinggi kepadaUS$2,610.40 setiap auns troy daripadaUS$2,589.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada32lotdaripada 36 lotpada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada64 kontrak daripada 103 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,570.10 setiap auns troy mengikut penetapan hargaLondon Bullion Market Association pada 18 Sept, 2024.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...