Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatif ditutuplebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.

Pengukuhan logam berharga itu telah dipacu oleh perang perdagangan AS -China, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes. “Memandangkanketidakpastian di sekitar perang perdagangan masih memanas dan pasaran hanya melihat peluang 20 peratus penawaran menjelang akhirJun, emas bertindak dalam peranan tradisionalnya sebagai pelaburan yang selamat,” kata beliau kepada Livevartha.

Pada penutup hari ini, kontakMei 2025 meningkat kepada US$3,383.30 setiap auns troy daripada US$ 3,315.10 yang dicatatkan semalam. Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing menokok kepada US$3,394.70 setiap aunstroy berbanding US$3,324.50 sebelum ini.

Jumlah dagangan menurun kepada 77 lot daripada 82 lot, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 89 kontrak daripada 122.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 2 Mei lepas, harga emas fizikal berada pada US$3,249.70 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...