Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SEWAKTU KETEGANGAN GEOPOLITIK MENINGKAT
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SEWAKTU KETEGANGAN GEOPOLITIK MENINGKAT

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SEWAKTU KETEGANGAN GEOPOLITIK MENINGKAT

Emas/Gold

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada waktu ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Syria dan Korea. 

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes memberitahu Livevartha kenaikan itu juga didorong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 berkembang kepada US$2,664.20 setiap auns troy daripada US$2,653.80 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala Januari 2025 meningkat kepada US$2,676.40 setiap auns troy daripada US$2,666.0 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,688.50 setiap auns troy daripada US$2,678.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada satu lot daripada lima lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 20 kontrak daripada 23 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 6 Dis, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,637.30 setiap auns troy.

— Livevartha

 

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...