Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Rugi Dua Hari
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Rugi Dua Hari

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Rugi Dua Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutuplebih tinggi hari ini selepas komoditi itu mengukuh disebalik gencatan senjata Ukraine dan peningkatan hasil Amerika Syarikat (AS), yang dapat mencetuskan penjualan besar-besaran,kata seorang penganalisis.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kestabilan ini mencerminkan isyarat positif untuk prospek emas yang lebih luas memandangkan pergerakkan ke bawah sebelum ini mula mencari sokongan.

"Bagaimanapun, pergerakkan ke atas masih samar dengan hasil yang lebih tinggi telah menghalang sebarangpembelian spekulatif. Namun,kunci kepada kenaikan yang berterusan kekal bergantung kepada permintaan bank pusatdan faktor ini terus mengukuh.

"Dengan Bank Rakyat China meningkatkan pembelian semula pada Februari, emas tetap utuh, meletakkan logam itu dalam potensi kenaikan yang lebih tinggi jika latar belakang makro mula menjajar," katanya kepada Livevartha

Kontrak Mac 2025 meningkat kepada US$2,924.50 setiap auns troy daripada US$2,916.90 yang dicatatkan pada Selasa, manakala April 2025 naik kepada US$2,935.40 berbanding US$2,925.90. setiapauns troy sebelum ini.

Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025, masing-masing menokokkepada US$2,945.40 setiap auns troy daripada US$2,935.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 187 lot berbanding 253 lot sebelumnya, manakala kepentinganterbuka merosot kepada 217 kontrak daripada 318 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari london Bullion Market Association pada 11 Mac, harga emas fizikal ditetapkan pada US$2,916.90 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...