Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Mula Melemah
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Mula Melemah

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Mula Melemah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini sepasdisokong oleh kelemahan dalam dolar US serta keyakinan yang semakinmeningkat untuk pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS)yang lebih mendalam, kata seorangpenganalisis.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dengan dolar US di bawah tekanan dan jangkaan kadar faedah mula beralih, pasaran telah kembali kepada aliran tradisional iaitu "pemacuan emas" seperti dasar monetari dan lindung nilai inflasi.

"Buat masa ini, peniaga terkunci pada permainan makrotetapi tiada siapa yang tidak mengendahkan latar belakang risiko geopolitik semasa. Dengan ketidakpastian tarif masih lagi memuncak,ketegangan yang memanas di beberapa kawasan dan pasaran kewangan yang lebih luas dalam fluks, emas tetap menjadi lindung nilai utama terhadap ketidaktentuan yang tidak dijangka. Sekiranya risiko terus melonjak, perjalanan ke arahperdagangan yang selamat boleh mencetuskan kenaikan nilai logam berharga tetapi walautanpa itu,persekitaran semasa tetap kekal mengukuh," katanya kepada Livevartha.

Kontrak bulan Mac 2025 adalah lebih rendah pada US$2,925.30 setiap auns troy berbandingUS$ 2,928.30 pada Selasa, manakala April 2025 menyusut kepada US$2,935.50 daripada US$2,939.10 sebelum ini. Bagaimanapun,Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025 semuanya menokok kepada US$2,946.10 setiap auns troy daripada US$2,939.10.

Jumlah dagangan melantun kepada 176 lot berbanding 62 lot, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 209 kontrak daripada 98 kontraknya.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 4 Mac, harga fizikal emas berada pada US$2,905.90 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...