Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Pasaran AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Pasaran AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Pasaran AS

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan momentum positif pasaran emasBursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepadaUS$2,651.60 setiap auns troy daripadaUS$2,622.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya ditutup tinggi kepadaUS$2,664.50 setiap auns troy berbandingUS$2,635.80 setiap auns troysebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 84 lot pada Selasamanakala kepentingan terbuka menurun kepada 23 kontrak daripada 101 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Nov, harga emas fizikal berada padaUS$2,622.10 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...