Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.

Kontrak bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,584.10 setiap auns troy daripada US$2,575.00 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,596.40 setiap auns troy berbanding US$2,587.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun turun kepada dua lot daripada 14 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 69 kontrak daripada 74 kontrak.

Pasaran ditutup pada Isnin, 16 Sept, 2024sempena sambutan Maulidur Rasul dan cuti umum Hari Malaysia.

Harga emas fizikal berada pada US$2,584.00 setiap auns troy, berdasarkan penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 September.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...