Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI MENJELANG LAPORAN INDEKS HARGA PENGGUNA AS
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI MENJELANG LAPORAN INDEKS HARGA PENGGUNA AS

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI MENJELANG LAPORAN INDEKS HARGA PENGGUNA AS

.

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki aliran menaik di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS), berikutan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan malam ini.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat kepada US$2,696.50 setiap auns troy daripada US$2,675.90 setiap auns troy pada Isnin, manakala Januari 2025 lebih tinggi kepada US$2,707.40 setiap auns troy daripada US$2,688.10 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,720.10 setiap auns troy berbanding US$2,699.70 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 59 lot daripada satu lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 76 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,689.60 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...