Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Dolar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Dolar AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat didorong penurunandolar Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden ASDonald Trump menyarankan pengurangan kadar faedah.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran turut dirangsang oleh gesaan Trump supaya Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan bekalan minyak.

“Jika OPEC memenuhi gesaan itu, keadaan ini boleh mendorong Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan pasaran ketika ini, yang secara hakikinya menggalakkan harga emas susulan ketidakpastian berterusan mengenai dasar perdagangan Trump.

“Walaupun pendekatan beliau nampak kurang agresif berbanding yang dibimbangi pada awalnya, kemungkinan kenaikan tarif secara berperingkat kekal menjadi faktor yang menyokong harga emas,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata penurunan dolar AS telah meningkatkan harga emas dengan menjadikan logam berharga itu lebih mampu dibeli oleh pelabur yang menggunakan mata wang lain.

Pembelian itu sangat tepat pada masanya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan kerana pembelian emas fizikal di Asiaadalah tinggi ketika itu,katanya.

Kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,777.0 setiap auns troy daripada US$2,743.50 pada Khamis manakala Februari 2025 naik kepada US$2,785.90 daripada US$2,752.50 setiap auns troy semalam.

Kontrak Mac 2025, April 2025, dan Jun 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,794.80 setiap auns troy daripada US$2,762.90 semalam.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...