Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, dipacu keyakinan terhadap potensi penurunan kadar Rizab Persekutuan berikutan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam tadi.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi November naik 2.7 peratus daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya manakala IHP teras kekal pada 3.3 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut daripada 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi yang kekal tinggi. 

Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat kepada US$2,720.80 setiap auns troy daripada US$2,696.50 setiap auns troy pada Rabu manakala Januari 2025 naik kepada US$2,733.90 setiap auns troy daripada US$2,707.40 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,746.50 setiap auns troy daripada US$2,720.10 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 104 lot daripada 59 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 121 kontrak daripada 76 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Disember, harga emas fizikal berada pada US$2,705.45 setiap auns troy.

— Livevartha

 

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...