Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global

Gambar Fail

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan ketegangan perdagangan global yang berterusan diantara Amerika Syarikat (AS)denganrakan dagangan utamanya.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innesberkata satu langkah pentingdari Asia apabilabank pusat China membenarkan yuan merosotdi bawah paras utama yangmencetuskan lonjakan permintaan emas di seluruh rantau ini.

Dengan kelemahan yuan, pelabur runcit dan institusi di Asia sedang mencari emas sebagai pelindung terhadap kemerosotan mata wang.

Bagaimanapun, situasi ini tidak stabil. Walaupun pembeli Asia beralih kepada emas untuk melindungi diri daripada risiko mata wang, peniagaBarat mengambil pendekatan yang berbeza.

"Mereka menjual emas apabila harga meningkatdengan anggapan perang dagangan mungkin tidak akan meningkat lebih jauhterutamanya dengan lebih daripada 50 sekutu AS kini memasuki rundingan," katanya kepada Livevartha.

Innes berkata, buat masa ini, emas menerimamanfaat daripada panik terhadapkejatuhan mata wangtetapi jika peniagaBarat terus menjual berdasarkan berita positif, akan dapat dilihat pertempuran berbolak-balikke atasharga emas malam ini.

Pada penutup daganganhari ini, kontrak bulan semerta April 2025 turunkepada US$3,004.50 setiap auns troy daripada US$3,032.30 setiap auns troysemalam dan Mei 2025 merosot kepada US$3,016.30 setiap auns troy daripadaUS$3,044.10 setiap auns troy.

Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya turun kepada US$3,027.50 setiap auns troy daripada US$3,055.90 setiap auns troy sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...