Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah COMEX
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah COMEX

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah COMEX

KUALA LUMPUR, 25 Okt(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, bergerak seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat yang lebih lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaOktober 2024 susut kepadaUS$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,739.90 setiap auns troy pada Khamis manakala November 2024 menguncup kepada US$2,737.20 setiap auns troy daripadaUS$2,755.20 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari2025 and Februari2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,745.30 setiap auns troy daripada US$2,763.30 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 10 lotdaripada 54lotpada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangankepada 21 kontrak daripada 62 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Okt, 2024, hargaemas fizikal berada pada US$2,732.00 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 26 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...