Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Disebabkan Data Senarai Gaji AS Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Disebabkan Data Senarai Gaji AS Yang Kukuh

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Disebabkan Data Senarai Gaji AS Yang Kukuh

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mendorong peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengurangkankadar faedah yang lebih kecil.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,663.30 setiap auns troy daripada US$2,669.80 setiap auns troy padaJumaat, manakala November 2024 jatuh kepada US$2,684.70 setiap auns troy daripada US$2,691.10 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,685.20 setiap auns troy berbanding US$2,691.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turut susut kepada tiga lot daripada 33 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 19 kontrak daripada 67 kontrak sebelum ini.

Mengikutpenetapan harga London Bullion Market Association pada 4 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,650.05 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...