Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH


From Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi positif di niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) berikutan pemangkin tempatan yang terhad, kata seorang penganalisis.

Kontrak semerta Disember 2024 merosot kepada  US$2,663.90 setiap auns troy daripada US$2,678.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Januari 2025 menurun kepada US$2,677.00 setiap auns troy daripada US$2,691.40 setiap auns troy. 

Manakala kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing menyusut kepada US$2,687.20 setiap auns troy daripada US$2,701.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 50 lot daripada 44 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 67 kontrak daripada 63 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 13 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,659.05 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...