Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan aliran menaik minggu hadapan, dengan potensi kenaikan dianggarkan dalam julat 2.5 hingga 3.0 peratus, menurut seorang penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innesberkata tempoh 48 hingga 72 jam akan datang adalah sangat penting, dengan pergerakan harga emas bergantung kepada sama ada ketegangan di Timur Tengah semakin memuncak atau kembali reda.

Beliau berkata walaupun kebimbangan geopolitik mereda, emas berkemungkinan kekal disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap perubahan dasar oleh Rizab Persekutuan AS, terutamanya jika data pekerjaan AS yang lemah mengukuhkan naratif penyusutan inflasi.

“Melihat kepada ketidaktentuan semasa, saya menjangkakan emas diniagakan dalam julat yang lebih luas daripada kebiasaan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,430.2 setiap auns troy daripada US$3,371.80 setiap auns troy, manakala kontrak Julai 2025 bertambah kepada US$3,438.7 setiap auns troy daripada US$3,371.80 setiap auns troy.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada US$3,458.2 setiap auns troy daripada US$3,393.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 260 lot daripada 241 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak daripada 122 kontrak.

Menurut penetapanLondon Bullion Market Association pada 12 Jun, harga emas fizikal berada padaUS$3,391.40 setiap auns troy.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan Sejajar Kekukuhan Minyak Pesaing
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan Sejajar Kekukuhan Minyak Pesaing

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...