Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi US$2,800 Setiap Auns Troy Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi US$2,800 Setiap Auns Troy Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi US,800 Setiap Auns Troy Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dengan harga dijangka melepasi paras US$2,800 setiap auns troy susulan kelemahan dalam dolar US,kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau berkata melainkan pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat pada minggu depan atauRizab Persekutuan yang agresif mungkin mengubah trajektori semasa, emas boleh dengan mudah menguji dan melepasi rintangan pada US$2,810 setiap auns troy.

“Sokongan dijangka sekitar US$2,760 setiap auns troy tetapi penembusan melebihi US$2,800 setiap auns troy boleh merungkai rintangan ke atas itu,”katanya kepada Livevartha.

DariJumaat keJumaat, kontrak Januari 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,777.0 setiap auns troy naik berbanding US$2.702.70 setiap auns troy yang disaksikan semasa minggu sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 menokok sebanyak US$2,785.90 setiap auns troy daripada US$ 2,711.20 setiap auns troy.

Kontrak Mac, April dan Jun 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,794.80 setiap auns troy daripada US $2,719.30 setiap auns troy pada minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 60 lot berbanding 40 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 85 kontrak daripada 78.

Berdasarkanpenetapan petang London Bullion Market Association pada 23 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,744.25 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...