Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivativesdijangka kekal mendapat sokongan pada minggu hadapan berikutanketidakpastian terhadap dasar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trumpyang memacu lonjakan harga emas global baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Beliau berkata pelabur akan memantau dengan teliti ucapan Trump pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif, anggaran keduaKeluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) AS bagi suku keempat 2024 dan keseluruhan tahunserta data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) sebagai penanda inflasi minggu hadapanyang boleh mempengaruhi pergerakan pasaran.

Minggu ini, pasaran niaga hadapan emas tempatan kebanyakannya lebih tinggi.

Pada Khamis, ia mengikutilonjakan pasaran emas global apabila harga meningkatke paras tertinggi sepanjang masa iaitu US$2,955 setiap auns troy, sebelum merosot pada hari berikutnya.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semertaFebruari 2025 berkurang kepada US$2,926.40 setiap auns troy daripada US$2,932.20 setiap auns troy pada hujung minggu lepasmanakala kontrak Mac 2025 merosot kepada US$2,933.30 setiap auns troy daripada US$2,939.30 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Meidan Jun2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,943.50 setiap auns troy daripadaUS$2,946.70 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah daganganberkembang kepada 289 lot daripada 231 lot minggu lepasmanakala kepentinganterbuka naikkepada 106 kontrak daripada 104 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 20 Feb, 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,932.05 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...