Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA DINIAGAKAN TINGGI MINGGU DEPAN
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA DINIAGAKAN TINGGI MINGGU DEPAN

NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA DINIAGAKAN TINGGI MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, didorong oleh jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Seorang penganalisis berkata pemain pasaran menjangka penurunan sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 17 hingga 18 Disember ini.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas menunjukkan trend lebih tinggi, mencerminkan momentum Comex AS dalam ketegangan geopolitik yang meningkat di Syria dan Korea Selatan.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini dengan naik kepada US$2,678.30 setiap auns troy daripada US$2,653.8 setiap auns troy minggu lepas dan kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,691.40 setiap auns troy daripada US $2,666.0 setiap auns troy.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025, masing-masing naik kepada US$2,701.50 setiap auns troy daripada US$2,678.10 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan meningkat kepada 210 lot daripada 69 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 63 kontrak daripada 23 kontrak sebelum ini.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,684.35 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...