Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga akan memantau perkembangan semasa dengan teliti selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memulakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menamatkan perang di Ukraine.

Trump juga telah mendedahkan pelan tarif timbal balik baru-baru ini.

“Peniaga emas akan mendapati diri mereka terperangkap di antara dua kuasa yang bertentangan — optimisme terhadap potensi penurunan ketegangan di Eropah Timur yang boleh mencetuskan dorongan jualan dan perkembangan mengenai rancangan tarif.

“Ia untuk memutuskan sama ada kekal pada logam paling selamat itu sebagai pelindung nilai terhadap ketidakpastian dalam dasar perdagangan global,” katanya kepada Livevartha.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 melonjak kepada US$2,932.20 setiap auns troy daripada US$2,871.50 setiap auns troy pada minggu lepas, manakala kontrak Mac 2025 meningkat kepada US$2,939.30 setiap auns troy daripada US$2,882.50 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 semuanya lebih tinggi kepada US$2,946.70 setiap auns troydaripada US$2,888.10 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 231 lot daripada 238 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 104 kontrak daripada 69 kontrak pada minggu lepas.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...