Wednesday , 22 January 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pergerakan harga emas COMEX.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Kelvin Wong memberitahu Livevartha, terdapat korelasi langsung antara harga emas dengan kemungkinan Donald Trump akan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mengaitkan hubungan itu dengan dasar fiskal Trump, khususnya pemotongan cukai korporat yang ketara, yang merupakan sebahagian daripada agenda ekonominya yang dikenali sebagai "Trumponomics";.

"Ini adalah baik untuk emas, bertindak sebagai pelindung nilai semasa penguasaan fiskal yang mungkin menyebabkan peserta pasaran mempersoalkan kedudukan kredit dan kesolvenan kerajaan AS,” kata Wong.

DariJumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2024 tidak berubah dan berada pada US$2,372.40 setiap auns troy.

Kontrak untuk Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditambat pada US$2,385.80 berbanding US$2,434.10 setiap auns troysebelum ini.

Jumlah dagangan menokok kepada 110 lot berbanding 107 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53 kontrak daripada 36 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,364.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Bullion London pada 25 Julai.

Related Articles

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil...

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Jan(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 21 Jan...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha) — Aktiviti belian saham pada harga rendah...