Home Pasaran Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil pada paras 4.50 hingga 4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memaparkan ketidaktentuan dan sentimen berhati-hati dalam kalangan peniaga sewaktu tempoh cuti Krismas.

Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata aktiviti dagangan juga dijangka suram susulan musim cuti manakala pasaran pertukaran mata wang asing tidak dijangka menyaksikan sebarang pergerakan yang ketara.

“Kemungkinan berlakunya turun naik ketaraadalah rendah melainkan sebarang kejadian geopolitik atau ekonomi. Berikutan itu, pasaran dijangka kekal tenang," katanya kepada Livevartha.

Atas alasan itu juga, Innes menjangkakan ringgit kekal stabil dan berlegar menghampiri paras sama pada akhir urus niaga minggu ini.

Prestasi ringgit juga secara konsisten lebih rendah berbanding dolar AS sepanjang minggu ini, di tengah-tengah ketidaktentuan prospek kadar faedah AS, terutamaselepas Rizab Persekutuan AS memberi petunjuk pengurangan kadar faedah yang lebih sedikit pada 2025.

Faktor lain turut berkait rapat dengan data ekonomi AS yang optimis dan memberisokongan lanjut terhadapdolar AS.

Pada asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.5055/5100 daripada 4.4475/4525 seminggu lepas.

Bagi minggu ini, ringgit juga diniagakan kebanyakannyalebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...