Home Pasaran MPOC Unjur Penurunan Bermusim Eksport Minyak Sawit Pada Januari, Februari 2025
Pasaran

MPOC Unjur Penurunan Bermusim Eksport Minyak Sawit Pada Januari, Februari 2025

MPOC Unjur Penurunan Bermusim Eksport Minyak Sawit Pada Januari, Februari 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan(Livevartha) — Eksport minyak sawit Malaysia dijangka mengalami penurunan bermusim pada Januari dan Februari tahun ini, terutamanya disebabkan pengeluaran yang merosot, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MPOC berkata walaupun musim tengkujuhyang menyekat aktiviti penuaian mulai reda di Malaysia dan Indonesia pada minggu terakhir Disember 2024, kesan daripada tiga cuti umum pada Januari ini dijangka menyebabkan kurangnya hari penuaian dan output yang lebih rendah.

“Ini bertentangan dengan meningkatnya penggunaan minyak sawit pada Januari dan Februari berikutan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan,” katanya.

MPOC juga berkata hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia.

Ia berkata pengeluaran minyak sawit Malaysia dijangka kekal stabil pada 19.5 juta tan pada 2025, manakala Indonesia diunjurkan pulih kira-kira 2.0 juta tan, mencecah 48 juta tan.

“Bagaimanapun, pemulihan dalam pengeluaran di Indonesia akan sepenuhnya diserap oleh meningkatnya permintaan untuk pengadunan biodiesel B40. Sehubungan itu, bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia tidak mungkin mengalami pertumbuhan yang ketara,” katanya.

MPOC menambah sebelum 2024, inventori minyak sawit Malaysia sebahagian besarnya bergantung kepada import, dengan kira-kira 1.0 juta tan minyak sawit diimport dari Indonesia setiap tahun.

“Bagaimanapun, jumlah import merosot kepada 253,000 tan pada 2024, penurunan 72 peratusyang dicerminkan dalam paras stok rendah semasa.

“Trend ini dijangka berterusandengan import pada 2025 diunjurkan kekal rendah. Hasilnyainventori minyak sawit Malaysia berkemungkinan kekal di bawah purata iaitu sekitar 1.7 juta tan pada suku pertama 2025, sebelum musim pengeluaran memuncak,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...