Home Pasaran Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil pada sesi dagangan awal Selasa, dipacu minat belian berterusan ketika Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya, membisu mengenai pengumuman tarif baharu, terutamanya membabitkan China.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok0.90 mata kepada 1,573.24 daripada 1,572.34 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu memulakan urus niaga hari ini dengan menambah 2.57 mata kepada 1,574.91.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 154 berbanding115 manakala 239 kaunter lain tidak berubah, sebanyak1,861 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak114.09 juta saham bernilai RM53.01 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Trump telah mengarahkan agensi Persekutuan negara maju itu untuk meneliti semula dasar tarif sedia ada selain hubungan dagangan secara meluas, sekali gus membayangkan pendekatan yang lebih terukur atau terancang.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pasukan perdagangan Trump masih belum disahkan yang menunjukkan butiran dasar itu dalam prosesdirangka. Walaupun tiada sebarang impak dalam masa terdekat, sebarang perubahan di peringkat perdagangan kekal berpotensi untuk berlaku,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata tumpuan kini beralih kepada musim pelaporan korporat AS dengan keputusan awal, khususnya bank-bank utamanya memaparkan petunjuk yang positif.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...