Home Pasaran Masa Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Masa Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Masa Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas pasaran menjangkakan kadar pengeluaran kekal lembap semasa tempoh puncak pengeluaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami melihat sokongan pada RM3,700 satu tan dan rintangan pada RM3,900 satu tan,"katanya kepada Livevartha.

Terdahulu,syarikat Fitch Solution BMI telah menyemak semula unjurannya bagi harga purata kontrak hadapan MSM bulan ketiga yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk 2024 kepada RM3,850 satu tan daripada RM3,750 satu tan, mencerminkan kenaikan 2.7 peratus.

Bagaimanapun, memasaki 2025, harga MSM akan menghadapi cabaran dengan jangkaan harga purata pada parasRM3,700 satu tan sehingga akhir 2024 memandangkan harga komoditi itu masih tidak menurun sepanjang separuh kedua 2024 seperti yang diunjurkan.

Pada penutup, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat sebanyak RM22 kepada RM3,888 satu tan, Oktober 2024 naik RM33 kepada RM3,805 satu tan dan November 2024 bertambah RM39 kepada RM3,754 satu tan.

Disember 2024 melonjak RM42 kepadaRM3,735 satu tan, Januari 2025 merekodkan kenaikan sebanyakRM42 kepada RM3,727 satu tan dan Februari 2025 menokok RM40 kepada RM3,718 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 64,853 lot daripada 60,626 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 222,870 kontrak daripada 228,666 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan meningkat RM20 kepada RM3,940 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Yang Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Yang Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 17 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...