Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulanancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkantarif perdagangan.

Pada Selasa, Trump memberi bayangan bahawa kerajaan AS bersedia untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico bulan depan.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 turun kepada US$2,891.80 bagi setiap auns troy daripada US$2,917.20 semalam manakala Mac 2025 berkurangan kepada US$2,896.90bagi setiap auns troy daripada US$2,922.30.

April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing susut kepada US$2,909.60 bagi setiap auns troy daripada US$2,935.0 pada Rabu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 94 lot daripada 64 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turut naik kepada 128 kontrak daripada 95 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 26 Februari, harga emas fizikal adalah US$2,901.0 bagi setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...