Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan dagangan secara berhati-hati mungkin berterusan berikutan aliran rendah dan ketidaktentuan pasaran global yang berpanjangan.

RHB Investment Bank Bhd menjelaskan peniaga dijangka kekal berhati-hati kerana momentum kenaikan harga aset selamat yang berterusan baru-baru ini kini kelihatan semakan lemah.

“Kami mengekalkan kecenderungan dagangan menurun memandangkan tekanan negatif,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Bank pelaburan itu berpendapat sokongan serta merta bagi emas adalah pada US$3,200 setiap auns troy manakala rintangan pada US$3,400 setiap auns troy.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,274.10 setiap auns troy daripada US$3,316.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing turun kepada US$3,288.10 setiap auns troy daripada US$3,332.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 352 lot daripada 871 lot yang dicatatkan minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 40 kontrak daripada 88 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 1 Mei, emas fizikal berharga US$3,214.75 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...