Home Pasaran Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Melonjak 42 Peratus Kepada RM85.7 Juta
Pasaran

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Melonjak 42 Peratus Kepada RM85.7 Juta

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Melonjak 42 Peratus Kepada RM85.7 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Livevartha) –Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Lonjakan itu disebabkan oleh perniagaan pasaran sekuriti, yang merekodkanpertumbuhan 47.5 peratus dalam keuntungan segmen kepada RM121.8 juta tetapi overhed,kos yang ditanggung ke atas perkhidmatan sokongan yang diberikan kepada segmen operasi turut meningkat, naik 24.5 peratus dari tahun ke tahun kepada RM33.8 juta.

Pendapatan kumpulan untuk suku tersebut bertambah kepada RM211.26 juta berbanding RM158.71 juta setahun sebelum ini, kata pengendali bursa saham itu hari ini.

Bursa Malaysia ketika bercakap mengenai segmen tertentu menjelaskan keuntungan segmen pasaran sekuriti yang lebih tinggi telah dipacu oleh pertumbuhan 41.6 peratus dalam hasil operasi kepada RM147.3 juta.

“Hasil dagangan meningkat 53.5 peratus kepada RM108.0 juta pada suku ketiga daripada RM70.4 juta yang disaksikan semasa suku ketiga 2023 disebabkan oleh purata nilai dagangan harian yang lebih tinggi untuk dagangan dalam pasaran dan urus niaga perniagaan langsung,” katanya.

Sementara itu, pasaran derivatif mencatatkan keuntungan segmen sebanyak RM12.4 juta, pertambahan 18.0 peratus berbanding RM10.5 juta dalam suku yang sama sebelum selepas hasil operasinya melonjak 22.6 peratus kepada RM29.0 juta.

Dalam perniagaan data, keuntungan segmen merekodkan keuntungan sebanyak 6.4 peratus kepada RM17.0 juta daripada RM16.0 juta,manakala hasil operasi bertambah17.8 peratus kepada RM21.4 juta.

Bagaimanapun, keuntungan segmen pasaran Islam menurun 33.3 peratus kepada RM1.3 juta pada suku dalam tinjauan di tengah-tengah peningkatan 31.2 peratus dalam perbelanjaan operasi kepada RM2.8 juta, disebabkan oleh kos operasi yang ditanggung ke atas platform dagangan emas patuh syariah yang mula beroperasi pada Januari 2024.

Sementara itu, syarikat pemegangan bursa itu melaporkan kerugian segmen yang lebih rendah sebanyak RM1.0 juta pada suku ketiga 2024, lebih baik daripada kerugian RM2.7 juta yang dicatatkan dalam setahun sebelumnya disebabkan kos tanggungankakitangan yang lebih rendah.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 2 Nov(Livevartha) –Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan Susulan Pengukuhan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan Susulan Pengukuhan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) — Niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...