Home Pasaran Ketidakpastian Dasar Trump Terus Sokong Niaga Hadapan Emas Minggu Depan
Pasaran

Ketidakpastian Dasar Trump Terus Sokong Niaga Hadapan Emas Minggu Depan

Ketidakpastian Dasar Trump Terus Sokong Niaga Hadapan Emas Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Mac(Livevartha) — Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan tetapi masih mendapat sokongan yang baik denganmengambil petunjuk daripada niaga hadapan emas COMEX AS.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dengan ketegangan perang perdagangan yang semakin memuncak dan potensi kelemahan ekonomi yang semakin mendalammemaksa Rizab Persekutuan AS melonggarkan kitaran kadarnya secaralebih agresif, emas sepatutnya mendapat sokongan yang kukuh pada paras semasa.

"Keadaan ini menunjukkan kemungkinan zon pengukuhan emas antara US$2,840 dan US$2,890 pada minggu depan apabila peniaga menyeimbangkan risiko pertumbuhan dengan jangkaan dasar monetari," katanya kepada Livevartha.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepada US$2,861.0 setiap auns troy daripada US$2,926.40 setiap auns troy pada akhir minggu lalu, manakala kontrak Mac 2025 jatuh kepada US$2,867.20 setiap auns troy daripada US$2,933.30 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$2,879.90 setiap auns troy daripada US$2,943.50 setiap auns troypada minggu lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 251 lot daripada 289 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 37 kontrak daripada 106 kontrak sebelum ini.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,880.80 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...